Ahmad Zahid Hamidi hadir pada sesi taklimat pelaksanaan projek pembangunan bersama Kerajaan Negeri Sarawak.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kerajaan Sarawak komited meneruskan pembangunan desa dan pedalaman demi keselesaan rakyat setempat.

Untuk tahun ini, sebanyak RM713,163,470 diperuntukan di bawah pembangunan RP 4 RMKE-12 dengan 292 projek termasuk 70 projek baharu dan 222 lagi projek sambungan.

Menurutnya, sehingga 21 Oktober lalu, sebanyak 195 projek dalam pra pelaksanaan, projek dalam pelaksanaan 69 dan pasca pelaksanaan sebanyak 26 projek.

Menurutnya, KKDW telah menganjurkan sesi taklimat pelaksanaan projek pembangunan yang dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri KKDW, serta agensi-agensi pelaksana yang lain di Kuching, Sarawak.

Taklimat diadakan untuk mendapatkan gambaran terkini tenting prestasi pelaksanaan projek pembangunan seperti projek Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Menurutnya, badan agensi pelaksana yang memberi taklimat adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dan Bahagian Teknikal serta KKDW, katanya.

Dalam taklimat tersebut KKDW turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Sarawak atas pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak dan Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan (AP)182 selaras dengan hasrat dan semangat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).

“Kami berharap penarafan ini dapat meneruskan penyeliaan projek prasarana khususnya di luar bandar menjadi lebih berkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast