Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjamin Makanan (KPKM) memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melengkapkan siasatan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

“Bang Mat mengalu-alukan siasatan oleh SPRM yang kini dijalankan ke atas Nafas dan memberi jaminan KPKM akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak SPRM,” kata menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, siasatan SPRM terhadap Nafas berhubung dakwaan penglibatan kartel dalam pengedaran dan pembekalan kontrak baja padi perlu diserahkan kepada badan siasatan tersebut.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dipetik berkata, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana agensi kerajaan.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Amir Matami memaklumkan, Perlembagaan Nafas digantung bagi menambah baik tata kelola dan tadbir urus pertubuhan itu.

Katanya, selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi Nafas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast