Foto Bomba Pahang

KUANTAN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah berhampiran Jeti Balok, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.30 malam tadi.

Beliau berkata, seramai 12 orang anggota termasuk Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke lokasi dan mula melaksanakan pencarian di permukaan air.

“Komander Operasi melaporkan bahawa bot nelayan juga membantu mencari mangsa dalam operasi meliputi sejauh 1.5 kilometer,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan pada pukul 10.06 malam berikutan cuaca gelap serta air pasang.

Menurut Zulfadli, mangsa berumur 57 tahun itu dipercayai datang ke daerah ini bersama rakan-rakannya untuk bercuti.

Namun katanya, ketika kejadian, mangsa dipercayai mencari kepah sehingga ke tengah sungai berhampiran pokok bakau di lokasi terbabit ketika air surut dan tidak menyedari air sungai mulai pasang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast