Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan rejim Israel di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu boleh direalisasikan di Dewan Rakyat dengan menyenaraikan syarikat yang mempunyai kepentingan secara langsung mahupun tidak langsung.

“Kita boleh sediakan peluang di Parlimen berapa puluhan syarikat yang bertapak di semua negeri mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung termasuk kelengkapan atau pun sebahagian saham senjata dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel.

“Keputusan itu harus tidak hanya retorik untuk menarik perhatian orang ramai kerana daripada segi ketegasan..saya bukan nak takbur tapi saya telah mengambil langkah yang melampaui kesanggupan banyak negara dan ramai daripada mereka yang mengingatkan saya tentang risiko ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan sidang kemuncak tergempar negara-negara Arab dan Islam berkenaan isu Palestin yang akan diadakan di Riyard, Arab Saudi di Parlimen hari ini.

Anwar menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang menggesa agar kerajaan menyemak kembali penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat Blackrock Inc.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, kerajaan mendapati ada syarikat-syarikat itu yang jelas mengadakan kerjasama dagangan dengan rejim Israel termasuk negeri yang diperintah oleh pembangkang.

“Kita kena ambil keputusan yang konsisten, apakah keputusan kita melibatkan bantahan terhadap mereka kerana penjualan itu dengan izin negara, tidak ada penjualan kelengkapan tentera yang boleh berlaku tanpa izin negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast