eadaan kenderaan yang terjatuh ke dalam tebing akibat tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan tanah runtuh berlaku lagi di Lembah Maju di Pandan Indah dekat sini hari ini.

Kali ini tebing kawasan parkir di Jalan Maju 1/4, Lembah Maju runtuh menyebabkan sebuah kereta terjatuh kira-kira pukul 4.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata,  siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan parkir awam bersebelahan sebuah longkang besar.

“Terdapat sebuah kereta Proton Saga yang diparkir terjatuh ke dalam runtuhan tebing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam lagi, pihaknya sedang menunggu analisa pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan tersebut.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan pemilik kenderaan juga telah dimaklumkan berkaitan kejadian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here