Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
Gambar hiasan

DHAKA – Pekerja Bangladesh yang tinggal dan bekerja di luar negara mengirim hampir AS$9 billion antara bulan Julai-Oktober, menurut data bank pusatnya.

Menurut data, aliran masuk itu meningkat lebih daripada 30 peratus tahun ke tahun kepada AS$8.94 bilion pada Julai-Oktober bagi tahun fiskal 2024-25.

Data menunjukkan kiriman wang menjadi salah satu sumber utama pertukaran asing bagi negara ini melonjak lebih 21 peratus tahun ke tahun kepada AS$2.395.08 juta pada bulan Oktober.

Kiriman wang itu ialah AS$2.404.11 juta dolar pada bulan September.

Data itu menunjukkan kiriman wang Bangladesh meningkat 10 peratus tahun ke tahun kepada AS$23.91 bilion dalam fiskal 2023-24, dengan Jun lalu berjumlah AS$2.54 billion.

Kiriman wang terutamanya datang dari negara Timur Tengah, seperti Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Kuwait. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast