ACFTA
Bangunan MITI

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap pengenaan duti antilambakan berkenaan dengan import keluli tahan karat gulungan sejuk dalam bentuk gegelung, kepingan atau apa-apa bentuk lain yang berasal atau dieksport dari China, Indonesia, Korea, Taipei, Vietnam dan Thailand.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, permulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan maklumat yang diterima kerajaan mengenai dagangan subjek tersebut, serta selaras dengan perenggan 28(1)(c) dan (f) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 [P.U. (A) 233/1994].

Pihak berkepentingan boleh memberikan pandangan secara bertulis beserta bukti sokongan tambahan kepada MITI selewat-lewatnya pada 15 November 2024.

Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang diperlukan, atau maklumat dan pandangan tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang ditetapkan, kerajaan boleh membuat penentuan berdasarkan fakta sedia ada.

Sebarang maklumat lanjut mengenai penyiasatan ini boleh didapati dengan menghubungi:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI, No. 7 , Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Telefon : (603) 6208 4633 / 4640 / 4646
No. Faksimile : (603) 6211 4429
E-mel : [email protected] – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast