MalaysiaGazette menarik perhatian mengenai laporan berita yang disiarkan portal ini bertajuk “Pesara ‘Hangus’ Lebih RM500,000 Tertarik Keuntungan Pelaburan 90 Peratus” pada 7 Ogos 2024.
Berita tersebut memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh yang antara lain menyebut “lelaki berusia 73 tahun itu menerima satu pautan daripada seorang individu bernama ‘Tan Teng Boo’ yang menjanjikan pulangan keuntungan 90 peratus daripada modal yang dilaburkan”. (kenyataan polis di bawah).
MalaysiaGazette tidak mempunyai sebarang niat untuk merujuk berita itu kepada mana-mana individu sebaliknya menerbitkan berita berpandukan kenyataan media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, pihak MalaysiaGazette memohon maaf secara terbuka kepada individu yang bernama Tan Teng Boo dan nama tersebut telah digunakan oleh scammer untuk menjalankan aktiviti penipuan mereka.
MalaysiaGazette juga telah menurunkan berita tersebut dari portal berita kami dan semua platform media sosial yang berkaitan.
Pihak kami juga berjanji tidak akan mengulangi penerbitan berita tersebut. – MalaysiaGazette