Home Utama SPRM serbu empat lokasi FashionValet

SPRM serbu empat lokasi FashionValet

@malaysiagazette

SPRM serbu empat lokasi Fashion Valet Sdn Bhd. hari ini. SPRM FashionValet PNB Khazanah Sumber : TikTok SPRM

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat lokasi berkaitan FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet) di ibu negara, hari ini.

Ia bagi menyiasat kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Permodalan Nasional (PNB) berjumlah RM43.9 juta ke atas syarikat e-dagang tersebut.

Menerusi perkongsian video serbuan di laman TikTok SPRM Malaysia, kelihatan dua individu yang dipercayai usahawan fesyen yang juga pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bersoal jawab dengan penyiasat SPRM.

“Siasatan ini penting kerana ia merupakan satu kes berkepentingan awam.

“Proses siasatan sedang berjalan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM dan empat lokasi telah diserbu,” kata SPRM.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya menyiasat pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Khazanah pada 2 November lalu mengarahkan audit dalaman berhubung perkara itu.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis Parlimen pada 28 Oktober lalu, menyatakan nilai saham Khazanah Nasional dan PNB dalam FashionValet menurun hampir RM44 juta apabila perniagaan itu dijual pada 2023 berbanding jumlah yang dibelanjakan pada 2018.

Ia juga menyatakan Khazanah melabur RM27 juta dan PNB RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam jenama fesyen itu dalam rancangan untuk meningkatkan perniagaan Bumiputera dalam sektor e-dagang.

Bagaimanapun, MoF berkata FashionValet kemudiannya dilanda masalah kewangan ketika pandemik COVID-19, walaupun tempoh sama meningkatkan jualan banyak perniagaan e-dagang tempatan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

FashionValet: Kalau Salah Dakwa – PM, Misha Omar Nafi Miliki 6,000 Pil Kuda #MGFlash

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast