KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan penyebaran satu jemputan mesyuarat mengenai pelaksanaan projek menara 5G dan projek JENDELA 2 di Sabah.
MCMC berkata, jemputan tersebut mendakwa mesyuarat berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, esok.
“Jemputan tersebut bagaimanapun adalah tidak benar dan merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai.
“Satu laporan polis telah dibuat oleh MCMC berhubung perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Tambah MCMC, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai pelaksanaan projek-projek sedemikian akan dibuat mengikut saluran rasmi suruhanjaya tersebut. -MalaysiaGazette