Abdul Hadi Awang.-Foto AFFAN FAUZI, 05 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas menyifatkan tindakan kerajaan menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructures Partners (GIP) yang dikawal Blackrock Inc. satu perbuatan munafik.

Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berkata, ia kerana syarikat yang membeli saham berkenaan adalah salah satu pihak yang menjadi pembekal senjata kepada Israel untuk menyerang Palestin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dan bersetuju dengan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) di Dewan Rakyat.

“Saya bersetuju, masukkan ucapan (Ahli Parlimen Hulu Terengganu) dalam ucapan saya,” kata Abdul Hadi ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. 

Abdul Hadi berkata demikian selepas bersetuju dengan pandangan Rosol yang berkata tindakan menjual saham MAHB boleh dikategorikan sebagai munafik apabila menjual kepada pihak yang bekerjasama dengan Israel.

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, isu penjualan saham MAHB kepada Blackrock penting untuk diketengahkan pembangkang susulan ia melibatkan pemilikan sebahagian besar saham kerajaan.

Takiyuddin berkata, perkara itu berbeza jika dibandingkan dengan pegangan saham yang dianggap kecil dalam syarikat lain di negara ini.

Sebelum ini, PN lantang mengkritik langkah kerajaan untuk menjual 30 peratus pegangan saham yang dimiliki oleh Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam MAHB kepada GIP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here