Lubang besar di Jalan Perindustrian Semambu dekat Kuantan dikambus bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya

KUANTAN – Kerja pembaikan jalan berlubang di Jalan Perindustrian Semambu, di sini, telah dilakukan dengan meletakkan batu penghancur dan pasir ke dalam lubang besar berkedalaman 4 meter.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, penghadang plastik diletakkan di sepanjang jalan terbabit bagi keselamatan pengguna jalan raya SELAIN meletakkan papan tanda amaran.

”Jabatan Kerja Raya  (JKR) dan YP Maintenance telah mengambil tindakan sementara dengan mengisi batu penghancur dan pasir bagi mengelakkan perkara tidak diingini  berlaku.

”Jadi sementara menunggu tindakan Telekom Malaysia untuk pengalihan kabel  TM yang telah menjejaskan kerosakan Jalan tersebut, kita tutup jalan dahulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kerja pengalihan kabel TM sepanjang 180 meter dan pembaikan kekal akan mula dibuat pada minggu hadapan.

Menurut Razali, pihaknya akan mengikuti perkembangan tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan isu terbabit diselesaikan secepat mungkin.

Terdahulu sebuah lubang besar dipercayai pada kedalaman 4 meter dikesan di Jalan Industri Semambu dikongsikan menerusi video oleh @pubgnewinarea yang bimbang ia boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Video tular itu mendapat perhatian Razali yang turun padang bersama agensi terlibat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Telekom Malaysia (TM) bagi meninjau keadaan tersebut, semalam.

Jelas Razali, lubang tersebut berpunca dari penyusupan pengaliran air melalui sesalur kabel telekomunikasi bawah tanah yang akhirnya menyebabkan berlaku mendapan. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan :

Lubang besar di Jalan Industri Semambu boleh ‘telan’ manusia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast