Tedros Adhanom Ghebreyesus.

TEHRAN – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan rancangan Israel untuk mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) untuk Pelarian Palestin tidak menjadikan rejim itu lebih selamat.

“Saya mesti menegaskan bahawa tiada alternatif kepada UNRWA, kata Ghebreyesus kepada media.

Beliau berkata, langkah tersebut “hanya akan menyebabkan penderitaan penduduk Gaza dan meningkatkan risiko wabak penyakit”.

Rejim zionis telah mengumumkan ia secara rasmi memutuskan hubungan dengan UNRWA.

Duta Rejim Israel ke PBB Gilad Erdan mengesahkan langkah itu pada hari Isnin.

Erdan mendakwa walaupun rejim Israel akan terus bekerjasama dengan pertubuhan kemanusiaan, ia tidak akan bekerjasama dengan agensi yang didakwanya menyokong keganasan.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas Knesset (Parlimen) Israel meluluskan undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di wilayah yang diduduki, sebagai sebahagian daripada langkah rejim untuk meningkatkan tekanan ke atas Gaza dan Tebing Barat.

Undang-undang itu, yang dijangka dikuatkuasakan dalam tempoh 90 hari akan datang, mencetuskan kecaman global, termasuk negara barat yang menyokong rejim itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast