Foto: Jabatan Imigresen Kelantan

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan memindahkan seramai 85 tahanan dari Depot Imigresen Tanah Merah untuk dihantar pulang ke negara asal.

Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua tahanan itu terdiri daripada 65 lelaki dan 20 wanita warga Thailand.

Beliau berkata, mereka dihantar pulang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Rantau Panjang hari ini.

“Kesemua tahanan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta diperuntukan prosedur pemindahan di bawah akta dan peraturan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here