Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. Foto SADIQ SANI, 05 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Punca utama menyebabkan kemalangan maut pada musim perayaan adalah pemanduan secara melulu dan merbahaya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)  Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata demikian ekoran statistik sebanyak 6,013 kes kemalangan dengan 50 kematian dicatat di dalam 388 operasi  di seluruh negara pada Deepavali lalu.

Ops Khas sempena Deepavali itu telah dijalankan selama empat hari bermula 31 Oktober sehingga semalam.

“Sepanjang operasi berlangsung, polis juga berjaya menahan 97 individu atas pelbagai kesalahan serta menyita 647 kenderaan,” kata pada sidang media di sini hari ini.

Daripada keseluruhan jumlah tangkapan, 91 daripadanya melibatkan kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala tiga kes kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya, Kanun Keseksaan (2) dan lain-lain (1).

Menurut Mohd Yusri, JSPT juga telah melaksanakan Operasi Samseng Jalanan di mana 119 tangkapan telah direkodkan melibatkan kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ini diikuti dengan 45 tangkapan bagi kesalahan nombor pendaftaran palsu atau fancy, dua kes kesalahan lumba haram dan empat kes lain-lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast