Penduduk berjalan dan melihat barangan terselamat di sebalik timbunan kereta berikutan banjir besar yang berlaku 30 Oktober meragut lebih 95 nyawa di Valencia, timur Sepanyol Foto AFP., 31 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa simpati terhadap rakyat Sepanyol yang menderita kehilangan orang tersayang serta kerugian besar akibat bencana banjir di Valencia minggu lalu.

Menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini, Anwar berkata, rakyat Malaysia bersama-sama rakyat negara itu dalam mendepani waktu-waktu sukar akibat bencana tersebut dan akan terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka dengan harapan situasi di negara itu akan menjadi lebih baik pada masa depan.

Lebih 200 orang dilaporkan terkorban akibat banjir yang melanda Valencia dan kawasan sekitarnya di Sepanyol sejak 29 Oktober lalu iaitu bencana yang disifatkan sebagai yang terburuk di negara itu dalam beberapa dekad.

Menurut laporan media tempatan, pasukan penyelamat terus menjalankan operasi di tempat letak kereta bawah tanah dan terowong dalam usaha mencari mangsa yang terselamat serta mengeluarkan mayat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast