Seorang lelaki diberkas polis di Taman Bentong Makmur dekat Bentong semalam dipercayai mencuri kabel dari dalam lurang pembentung milik sebuah syarikat telekomunikasi.

TEMERLOH –  Polis memberkas seorang lelaki berusia 40 tahun semalam yang disyaki dalang mencuri kabel dari dalam lurang pembentung milik syarikat telekomunikasi di Taman Keramat, Mentakab dekat sini awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, suspek ditahan di Taman Bentong Makmur dekat Bentong semalam manakala tiga rakan suspek lain melarikan diri dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, tangkapan telah berjaya dilakukan terhadap suspek oleh sepasukan polis Bentong setelah MPV dinaiki terbabas di longkang taman tersebut

“Orang awam telah menelefon pihak polis Bentong selepas ternampak dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan di simpang masuk yang merupakan jalan utama taman itu disyaki mencuri kabel kira-kira pukul 4.40 pagi.

”Hasil semakan mendapati suspek terbabit memiliki 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya menerusi kenyataan.

Polis turut merampas Toyota Wish warna putih, dua kunci kenderaan bertulis Rex, 153 batang kabel yang telah di potong, lima pemotong kabel, satu kunci lurang pembentung dan sebuah telefon bimbit jenama Vivo.

Terdahulu tular di platform TikTok memaparkan aksi sekumpulan lelaki mencuri kabel tembaga di Taman Keramat Mentakab berjaya dirakam seorang penduduk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here