Keadaan SUV yang remuk selepas merempuh pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, pagi tadi. foto ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.42 pagi.

Menurut beliau, setibanya pasukannya di lokasi mendapati kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V.

“Akibat kemalangan itu, dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan tersebut. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah berjaya dilakukan oleh anggota bomba,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here