Memiliki kediaman idaman yang dilengkapi ciri-ciri kontemporari dalam suasana yang mendamaikan sememangnya menjadi impian setiap individu. Lebih mengujakan apabila persekitaran yang nyaman menawarkan gaya hidup sihat terletak berhampiran perbandaran yang menyediakan pelbagai fasiliti serta rangkaian infrastruktur yang lengkap.
Bertempat di lokasi strategik berhampiran lebuhraya utama seperti Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya MEX serta akses mudah ke stesen ERL Salak Tinggi, Greenwoods Salak Perdana memastikan kesinambungan perjalanan yang lancar ke ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Menambahkan lagi daya tarikannya, perbandaran ini terletak berhampiran kemudahan beli-belah seperti KIP Mall, AEON Mall, dan Mitsui Premium Outlet, pastinya melengkapi keperluan harian mahu pun barangan mewah.
Keistimewaan dan keunikan Greenwoods Salak Perdana adalah lanskap menghijau dan kawasan bukit yang menawarkan, Laman Rimba menyebabkan anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati panorama alam semulajadi. Greenwoods Salak Perdana menyajikan pemandangan saujana mata memandang setiap kali anda menghirup udara segar di dek tinjau sambil anda beristirahat selepas penat melakukan tugas seharian.
Impian anda bakal menjadi kenyataan di Greenwoods Salak Perdana – sebuah projek yang dibangunkan oleh Paramount Property menerusi edisi terbaharu – Greenwoods Senna yang menawarkan 368 unit Rumah Bandar Berkembar. Setiap unit yang direka bersaiz antara 34’ x 65’ hingga 44’x75’ menampilkan konsep susun atur terbuka dan dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik mandi yang melengkapi keperluan anda sekeluarga. Setiap unit juga memiliki laman yang luas pada bahagian sisi atau belakang, sesuai untuk pelbagai majlis keraian keluarga seperti BBQ, sambutan ulang tahun dan kenduri-kendara.
Mementingkan elemen kekeluargaan dan hubungan komuniti, Greenwoods Senna menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti riadah seperti kawasan permainan kanak-kanak. Tidak perlu gusar keselamatan anak-anak lantaran keriangan mereka di taman permainan sentiasa dipantau secara dekat. Ini kerana rondaan keselamatan 24 jam dalam komuniti berpagar dan berpengawal menjadikan Greenwoods Senna bukan sekadar tempat tinggal biasa sebaliknya dengan jaminan sekuriti.
Greenwoods Salak Perdana juga menampilkan Greenwoods Belian, sebuah hab komersial bersepadu yang menawarkan pelbagai outlet makan-makan dan keperluan harian seperti Mr DIY, Watson, 99 Speedmart, pusat dobi dan pelbagai lagi pastinya memudahkan lagi urusan para pemilik kediaman di sini. Perbandaran ini juga berjiran dengan sekolah dan Institusi pendidikan terkemuka serta kemudahan perubatan dan pusat kesihatan memastikan kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.
Inginkan kediaman serba mewah tetapi pada masa yang sama mahu menikmati suasana alam semulajadi? Greenwoods Salak Perdana mampu melunaskan impian anda.
Ayuh jangan lengah lagi, hubungi 03-9212 8458 untuk kunjungi rumah contoh atau layari laman web https://paramountproperty.my/greenwoods/product/greenwoods-senna/ untuk maklumat lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN:
Paramount lancar rumah tiga tingkat Sejati Residences