Dua buah kilang papan dan besi dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Welfare , Kampung Baru Cina, Sungai Buloh awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Dua buah kilang papan dan besi dilaporkan musnah terbakar di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina, Sungai Buloh dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden itu pukul 6.36 pagi.

Susulan itu, seramai 29 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dibantu BBP Bukit Jeluton, BBP Selayang dan BBP Rawang ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota mendapati kebakaran melibatkan dua kilang papan dan besi dengan keluasan 200×300 kaki persegi musnah terbakar sebanyak 60 peratus.

“Kebakaran sedang marak dan kerja pemadaman sedang dilakukan ketika ini namun ia tidak melibatkan mangsa dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast