Pasukan pejuang Palestin sedang bersolat

GAZA – Sehingga kini Hamas masih berdaya tahan dan akan terus memerangi Israel walaupun rejim zionis itu telah membuat keputusan untuk memecat menteri perangnya, Yoav Gallant.

Agensi Berita Shehab memetik kenyataan Abu Zuhri yang berkata, Gallant sebelum ini berulang kali mendakwa dia adalah individu yang akan memusnahkan Hamas.

“Beliau sudah tiada dan Hamas kekal dan akan kekal,” katanya.

Dalam satu pengumuman mengejut lewat Selasa, Pejabat Perdana Menteri Israel berkata, Benjamin Netanyahu telah hilang keyakinan terhadap Gallant dengan cara beliau menguruskan peperangan di Gaza dan Lubnan.

Sekurang-kurangnya 43,391 orang telah terbunuh, dan 102,347 yang lain telah cedera dalam serangan rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Manaka perang di Lubnan telah menyebabkan lebih 3,000 kematian sejak ia tercetus pada akhir September. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast