Johari Abdul

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan isu berhubung kenyataan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai wang tunai RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman seorang bekas menteri selesai.

Johari berkata, bagi menamatkan perbahasan mengenai perkara tersebut, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer akan untuk beliau.

“Apa sahaja keputusan itu kita akan maklumkan ke Dewan Rakyat kemudian,” katanya.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen DAP antaranya Rayer ingin mendapatkan maklum balas daripada Johari.

“Kelmarin saya telah memajukan satu usul ke pejabat Speaker untuk merujuk Ahli Parlimen Pendang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana ucapan yang telah dibuat oleh beliau pada Isnin lalu.

“Dalam perbahasan beliau, beliau buat kenyataan bersifat tuduhan liar terhadap parti DAP,” kata Rayer.

Sementara itu, Takiyuddin memohon agar Johari menetapkan tarikh untuk pertemuan tersebut.

“Kita boleh tetapkan satu tarikh untuk saya runding kes (Ahli Parlimen) Pendang sebab saya kena dapatkan arahan, jadi saya minta ditetapkan satu tarikh, saya nak selesaikan cara yang terbaik,” kata Takiyuddin.

Pada Isnin lalu, persidangan Dewan Rakyat tegang apabila isu wang tunai RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman seorang bekas menteri daripada DAP dibangkitkan oleh Awang.

Perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 terganggu apabila Awang mendesak penjelasan mengenai perkembangan terkini siasatan kes tersebut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang mempersoalkan tentang kelewatan siasatan kes tersebut walaupun sudah lebih setahun ia dibangkitkan.

SPRM selepas itu mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri seperti dinyatakan Awang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast