PUTRAJAYA – Pasangan pengasas perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet, selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM43.9 juta yang disambung hari ini.
Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada jam 4.23 petang dengan menaiki Toyota Vellfire.
Mereka hadir ke SPRM kira-kira jam 12.54 tengah hari tadi bagi memberi keterangan.
Sekumpulan pengamal media menghampiri kenderaan pasangan itu untuk mendapatkan reaksinya namun kenderaan itu tidak berhenti.
Setakat 5 November lalu, seramai empat saksi dari PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terbabit.
Sebelum itu SPRM tmenyerbu pejabat perniagaan fesyen dalam talian tempatan itu dan tiga premis yang lain yang membawa kepada rampasan pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM. – MalaysiaGazette