KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang seolah-olah mempertahankan FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet) dalam kontroversi kerugian dialami oleh syarikat platform e-dagang fesyen itu.
Menurut beliau, tindakan Tony mempertahankan FashionValet itu adalah luar biasa memandangkan dana awam yang besar telah diberikan kepada syarikat berkenaan di sebalik laporan kerugian lima tahun sebelumnya berturut-turut.
Malah, ujar beliau, dana awam itu berjaya diperoleh FashionValet ketika kebanyakan rakyat biasa sukar untuk mendapatkan pinjaman walau hanya RM10,000 untuk memulakan perniagaan.
“Buat bisnes untung rugi adalah perkara biasa tetapi yang luar biasanya adalah meletakkan dana awam yang besar kepada syarikat yang mencatatkan kerugian lima tahun berturut sebelumnya.
“Ada lagi yang luar biasa bila ada orang mempertahankannya.
“Dia ni tahu tak, rakyat kat bawah nak pinjam 10k buat bisnes pun payah nak dapat.
“Takpalah, bodoh itu percuma dan teruskanlah kebodohan itu.
“Oh ya lupa, dia ni bekas set pol (Setiausaha Politik) menteri Kewangan the hidden tunnel negara pasir berdengung,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook hari ini.
Sebelum ini, Tony menyifatkan tekanan pelbagai pihak supaya siasatan dilakukan berhubung kontroversi kerugian dalam FashionValet termasuk kemungkinan wujud salah guna kuasa sebagai tindakan menganiaya dan memalukan usahawan syarikat itu secara berlebihan.
Tony yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 2018 itu dalam nada sindiran turut menyifatkan beberapa `pelawak’ malah menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian dalam FashionValet.
Terdahulu, Dr Muhamad Akmal dalam kenyataan mengesyorkan penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan wujud ketirisan yang membelenggu FashionValet dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
Ujar beliau, siasatan telus perlu dilakukan dan sebarang penemuannya dibentangkan kepada awam supaya ia menjadi pengajaran pada masa akan datang.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet. – MalaysiaGazette
kena MAKAN SUMPAH ,,,,NO DAPIG NO ANWAR…..ZAHID DAN UMNO TIDAK PERLU MENYESAL
DAP BOLEH KE TERIMA MAAF UMNO.????…..ATAU UMNO YANG TUTUP MATA PEKAK TELINGA BUTA HATI KENA PULUN MAKI HAMUN KUTUK FITNAH DARI DAP DAN PAN…..GADAI PRINSIP ANAK BANGSA AGAMA KERANA SUJUD PADA DAPIGS
pemimpin2 ahli2 dan penyokong2 umnogok jangan melatah…terimalah dengan lapang dada DAPIGS ni
sanggup ketepikan MUAFAKAT NASIONAL dengan pelbagai alasan….MINTA ISMAIL SABRI BUBAR PARLIMEN SEGERA,,,,,ZAHID DENGAN SOMBONG KAMI YAKIN MENANG BESAR SECARA SOLO
dan akhirnya menJUBURI ANWAR DAPIGS PANKHIANAT sebagai TALIAN HAYAT