MUAR – Polis memberkas enam lelaki dipercayai ahli sindiket ah long yang menyasarkan warganegara Bangladesh sebagai mangsa dalam serbuan di bandar ini semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tangkapan itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar pada pukul 4.30 petang.
“Mereka yang ditangkap semuanya lelaki warga tempatan berusia antara 26 hingga 40 tahun.
“Semuanya dipercayai terlibat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau ah long di Muar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dalam serbuan itu pihak polis merampas tujuh unit telefon dan lima beg silang pelbagai jenama serta 187 keping kad ATM dan wang tunai RM176,250.
Menurutnya, siasatan mendapati semua suspek menyasarkan pekerja asing warga Bangladesh di daerah ini dengan menggunakan kadar faedah tertentu.
Beliau memberitahu, suspek turut menahan kad ATM milik mangsa sehingga pinjaman diluluskan.
Semua suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Tambahnya, jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM250,000 sehingga RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terjebak dalam apa juga ppinjaman wang diragui bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini,” katanya.- MalaysiaGazette
MUAR – Polis memberkas enam lelaki dipercayai ahli sindiket along yang menyasarkan warganegara Bangladesh sebagai mangsa dalam serbuan di bandar ini semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tangkapan itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar pada pukul 4.30 petang.
“Mereka yang ditangkap semuanya lelaki warga tempatan berusia antara 26 hingga 40 tahun.
“Semuanya dipercayai terlibat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau along di Muar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dalam serbuan itu pihak polis merampas tujuh unit telefon dan lima beg silang pelbagai jenama serta 187 keping kad ATM dan wang tunai RM176,250.
Menurutnya, siasatan mendapati semua suspek menyasarkan pekerja asing warga Bangladesh di daerah ini dengan menggunakan kadar fadeah tertentu.