Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal maut selepas  parah di kepala akibat digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Johor Bahru – Air Hitam arah Johor Bahru, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Azrol Anuar Nor berkata, kejadian jam 8.05 pagi itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki mangsa berusia 41 tahun telah terlanggar cermin sisi sebuah kenderaan.

Akibat perlanggaran itu, motosikal dinaiki hilang kawalan lalu termasuk ke bawah sebuah lori yang sedang bergerak di lorong tengah menyebabkan dia digilis tayar belakang lori,” katanya.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast