Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR –  Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan kegagalan siasatan berhubung pemalsuan dokumen seperti tular di TikTok baru-baru ini.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, satu laporan polis diterima pada 1 November 2021 di Kuala Kedah berhubung kes itu dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Katanya, dokumen yang dipertikaikan dan sampel tandatangan pengadu telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

“Bagaimanapun, pihak terbabit mengesahkan perbandingan tanda tangan tidak dapat dibuat memandangkan sampel yang dibekalkan pengadu adalah tidak mencukupi selain gagal membekalkan sampel tanda tangan tambahan yang diperlukan.

“Kertas siasatan kemudiannya telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Kedah dan pada 20 April 2022 memutuskan kes tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, polis kemudian menerima laporan baharu pada 15 September lalu berkenaan dakwaan wujudnya pemalsuan perintah mahkamah.

Ujarnya, pasukan penyiasat telah membuat semakan dan mendapatti bahawa perintah mahkamah yang dipertikaikan itu adalah tulen.

“Ini bermakna dakwaan bahawa penghakiman palsu seperti yang dinyatakan pemilik akaun TikTik tersebut adalah tidak bnar dan berniat jahat.

“Pada masa sama, polis menyangkal tuduhan pemlik akaun itu bahawa tiada siasatan dijalankan terhadap laporan yang dibuat oleh penama Abu Ismail Abu Yaziz,” jelasnya.

Menurut Ramli, siasatan yang sewajarnya selaras dengan undang-undang dan keputusan telah dibuat Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandukan hasil analisis dokumen serta dapatan keseluruhan siasatan.

“Hanya disebabkan keputusan siasatan yang tidak berpihak kepada pengadu, tidak wajar melabelkan pihak penyiasat sebagai zalim dan jahat.

“Tindakan pemilik akaun itu dilihat berniat jahat dan mencemarkan kredibiliti PDRM serta boleh mengugat keharmonian antaran etnik dan masyarakat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang menonton video terbabit diminta tidak merujuk sesuatu kes atas fakta yang tidak tepat.

Pada 31 Oktober lalu, satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Tiktok ‘Abuismailabuyaziz’ menyatakan ketidakpuasan hati terhadap siasatan yang dijalankan polis.

Ia mendawa polis berniat jahat kerana tidak menjalankan siasatan terhadap laporan polis dibuat berhubung kes pemalsuan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast