Nahas melibatkan treler ATM di Lebuhraya Karak petang tadi.

KUANTAN – Keadaan trafik perlahan dan sesak susulan sebuah treler milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam  kemalangan di Kilometer (KM) 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.48 petang tadi.

“Maklumat kesesakan di Lebuhraya KL Karak. “Maklumat awal kemalangan di KM 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.

“Lorong kanan arah Barat dan lorong kanan arah timur terhalang. Trafik perlahan,” katanya.

May be an image of text

Pihak LLM turut menasihati pengguna jalan raya agar fokus dan berhati-hati ketika memandu.

Sementara itu, tular satu video memaparkan treler milik ATM yang terbalik di atas permukaan jalan basah membawa muatan dua kereta kebal hancur teruk di bahagian depan.  – MalaysiaGazette

Video Berkaitan

@malaysiagazette

Keadaan trafik perlahan dan sesak susulan sebuah treler milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak hari ini. Menerusi kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang dimuatnaik di Facebook rasminya memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.48 petang. “Maklumat kesesakan di Lebuhraya KL Karak. Kemalangan MalaysiaGazette Video : Media Sosial

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast