Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail

KUALA LUMPUR – Dua pengawal keselamatan direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 38 dan 52 direman bermula hari ini hingga 10 November.

“Kedua-dua suspek seorang lelaki dan seorang lagi wanita ditahan sekitar jam 9 malam ketika menaiki van oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

Tambah beliau, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 9.20 pagi tadi berhubung penemuan semula beg yang mengandungi wang tunai RM1 juta itu.

“Beg berkenaan didakwa dijumpai berdekatan Ampang Point dan pemeriksaan ke atas beg itu disahkan milik syarikat keselamatan terbabit yang mengandungi wang tunai sebanyak RM1,071,000,” jelasnya.

Mohd Azam juga memaklumkan, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi mengesahkan beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, Ampang semalam sudah ditemukan dan diserahkan kepada polis

Ujarnya, beg tersebut ditemukan di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) arah ke ibu negara, tidak lama selepas kejadian.

Katanya lagi, beg berisi wang itu dipercayai terjatuh di atas jalan ketika van syarikat keselamatan terbabit melalui satu laluan berselekoh sebelum ditemukan seorang pemandu kereta yang melalui laluan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here