Zulaila dan bapanya Zulkifli mati dibunuh dalam kejadian di sebuah apartmen di Ayer Hitam, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – “Suspek bukan kekasih kepada mangsa, harap orang ramai tidak buat spekulasi yang mengaibkan arwah dan keluarganya”.

Demikian kata salah seorang ahli kepada keluarga dua beranak yang mati ditikam seorang lelaki dalam kejadian di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam di sini, hari ini.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Linda berkata, mangsa, Siti Zulaila Zulkifli, sudah berumah tangga dan mempunyai tiga anak berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun.

Ibu mangsa (duduk atas kerusi) bersama ahli keluarga lain di lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku sangat mengejut dan buat masa ini keluarga masih belum bersedia untuk beri apa-apa kenyataan, tambahan pula keluarga masih dalam keadaan trauma kehilangan dua orang tersayang dalam masa sama.

“Namun saya nak maklumkan suspek yang menikam arwah (mangsa wanita) dan bapanya bukan kekasihnya.

“Saya mohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang ini hingga mengaibkan arwah serta keluarganya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan tidak puas hati cinta ditolak, seorang lelaki bertindak menikam Siti Zulaila Zulkifli, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, di hadapan lif tingkat bawah apartmen tersebut.

Kejadian jam 1.15 tengah hari itu, suspek juga bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali selepas membunuh dua mangsa tersebut.

Suspek berusia 32 dilaporkan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

Anak dan bapa mati dibunuh akibat cinta ditolak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. wartawan yang buat fitnah dengan penceritaan yang tidak betul kerana mahu lariskan berita..
    Masalah kerosakan pemikiran rakyat kerana terdapat wartawan yang tidak beretika sehingga menimbulkan huru hara serta fitnah..semoga Allah swt melaknat mereka-mereka yang tidak jujur serta penyebab fitnah

Comments are closed.