Ibu mangsa, Khalida (dua dari kiri) ditenangkan ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang hari ini. Gambar kecil (atas kanan) Siti Zulaila.

GEORGE TOWN –  Laporan bedah siasat ke atas wanita yang maut ditikam akibat menolak cinta seorang lelaki di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam di sini, semalam, menemukan enam kesan tikaman.

MalaysiaGazette difahamkan, laporan itu diperoleh selepas proses bedah siasat dijalankan ke atas Siti Zulaila Zulkifli, 30, selesai di Jabatan Forensik Hopsital Pulau Pinang (HPP) tengah hari tadi.

Selain itu, punca kematian mangsa juga disebabkan tikaman terkena pada bahagian jantung.

Sementara itu tinjauan MalaysiaGazette di Jabatan Forensik HPP mendapati proses bedah siasat bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, dijangka bermula jam 3 petang ini.

Kedua-dua beranak itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Tanjong Tokong, di sini selepas proses bedah siasat selesai nanti.

ARTIKEL BERKAITAN

Anak dan bapa mati dibunuh akibat cinta ditolak

Wanita ditikam sudah berkahwin, suspek bukan kekasih arwah – Linda

Suspek bunuh dua beranak direman tujuh hari

Terdahulu, pekerja pembersihan sebuah kilang di Kulim, Kedah yang bertindak menikam mati dua beranak tersebut direman selama tujuh hari.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim bermula hari ini sehingga 14 November ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman itu dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, berikutan suspek masih menerima rawatan di hospital berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast