Gambar hiasan

WASHINGTON – Israel bersetuju membuka satu lagi laluan bantuan ke Gaza seperti yang dimaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller menyatakan Israel telah memaklumkan mengenai rancangan untuk membuka laluan tambahan di Kissufim dalam beberapa hari lagi.

“Kami akan terus mendesak Israel dan kami dapat melihat beberapa langkah tambahan yang telah diambil sejak pilihan raya baru-baru ini,” katanya namun beliau tidak menjelaskan bagaimana AS akan menilai kepatuhan Israel terhadap tuntutan bantuan tersebut.

Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin turut memberikan Israel tarikh akhir sehingga 13 November ini untuk meningkatkan penyaluran bantuan kemanusiaan di Gaza atau bakal berdepan risiko pemotongan sebahagian bantuan ketenteraan dari AS yang merupakan penyokong terbesar Israel.

Desakan ini dibuat melalui surat rasmi sebelum pilihan raya Presiden Donald Trump yang berlangsung Selasa lalu.

Surat Blinken dan Austin turut menyarankan agar Israel secara konsisten membenarkan laluan bantuan melalui empat lintasan utama serta membuka lintasan kelima.

“Sekurang-kurangnya 350 buah lori bantuan perlu masuk ke Gaza setiap hari bagi memberi bekalan bantuan kepada penduduk yang terjejas,” ujarnya.

Sebelum ini, Israel telah membuka semula lintasan Erez dan langkah itu dianggap sebagai usaha untuk meningkatkan akses kemanusiaan.

Miller juga menjelaskan, sebanyak 229 lori bantuan telah berjaya masuk ke Gaza pada Selasa lalu.

Beliau berharap Blinken dapat memanfaatkan baki tempoh jawatannya untuk terus mendesak bagi penyelesaian terhadap konflik di Gaza dan Lebanon mengakhiri tempoh pemerintahannya dengan pendekatan diplomatik untuk keamanan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast