PERKESO Pahang diwakili Team Fratellanza merangkul tempat pertama bagi Anugerah Team Excellence sempena Majlis Anugerah Kualiti & Inovasi PERKESO 2024 yang bertemakan "Inspirasi Pencetus Inovasi" pada semalam

KUANTAN –  MyOKUCentre berjaya membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini untuk mendaftar di Portal MyFutureJobs bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan yang sepadan.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang, Hisham Abdul Rahman berkata, selepas projek berkenaan diperkenalkan, pendaftaran di portal MyFutureJobs melibatkan golongan OKU naik 85 peratus.

“MyOKUCentre adalah hub informasi setempat yang inklusif dilaksana dengan kerjasama pihak komuniti di 20 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh negeri ini.

“Negeri Pahang adalah negeri pertama melaksanakan inisiatif MyOKUCentre ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Hisham, projek berkenaan melakar sejarah dengan merangkul tempat pertama bagi Anugerah Team Excellence sempena Majlis Anugerah Kualiti & Inovasi PERKESO 2024 yang bertemakan “Inspirasi Pencetus Inovasi” di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, PERKESO Pahang diwakili yang Team Fratellanza telah mengemukakan Projek MyOKUCentre yang dilaksanakan sejak 2 Ogos 2024.

Ia dilaksanakan melalui peranan yang dimainkan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi dan Pekerjaan di bawah Majlis Penasihat Orang Kurang Upaya (MPO) Negeri Pahang.

Terdahulu MyOKUCentre dilancarkan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Sabariah Saidan, merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Orang Kurang Upaya (MPO) Negeri Pahang, 15 Oktober lalu.

Hisham berharap usaha yang dilakukan dapat membantu semua pencari kerja khususnya golongan OKU dan menjadi panduan untuk dilaksanakan di negeri lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast