Seorang penumpang wanita maut selepas kereta dinaikinya terbabas merempuh besi penghadang jalan ddi Kilometer 434.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang wanita maut selepas kereta dinaikinya merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 434.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu sekitar jam 8.25 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kenderaan jenis Proton Wira dinaiki dua mangsa membabitkan seorang pemandu lelaki berusia 56 tahun dan seorang wanita sebagai penumpang.

“Kedua-duanya sedang dalam perjalanan ke arah selatan dipercayai terbabas dan merempuh penghadang jalan.

“Semakan lanjut, pemandu terbabit mengalami cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Faizal, mangsa yang maut belum dikenalpasti identitinya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sehubungan itu, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast