Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne Foto Republic Records

ARGENTINA – Tiga individu telah didakwa membekalkan dadah kepada bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne yang terjatuh dari balkoni tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires pada 16 Oktober lalu.

Menurut laporan daripada Pejabat Pendakwa Jenayah dan Koreksional Kebangsaan Argentina, salah seorang individu yang menemani Liam pada malam kejadian telah dikenakan tuduhan atas kesalahan membekalkan dadah dan meninggalkan seseorang dalam keadaan terdedah kepada kematian.

Hasil laporan juga telah menahan seorang pekerja hotel dan seorang individu lain yang didakwa atas tuduhan membekalkan bahan terlarang.

“Pelbagai bahan terlarang di bilik hotel Liam ditemui termasuk beberapa perabot dan objek telah rosak.

“Kakitangan hotel telah membuat dua panggilan kecemasan untuk memaklumkan mengenai seorang tetamu yang didakwa mengambil terlalu banyak dadah dan alkohol dan sedang merosakkan harta benda di dalam bilik hotel,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Khamis, pejabat pendakwa mengesahkan keputusan ujian toksikologi menunjukkan terdapat kesan alkohol, kokain, dan anti kemurungan dalam tubuh mangsa.

Laporan bedah siasat pula menunjukkan penyebab kematian sebagai trauma berganda dan pendarahan dalaman dan luaran akibat terjatuh.

Hasil laporan perubatan juga menunjukkan kemungkinan dia terjatuh dalam keadaan separa atau sepenuhnya tidak sedarkan diri.

Pejabat pendakwa mengesahkan perkara ini dan menolak kemungkinan dia terjun dalam keadaan sedar atau sukarela. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast