MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid. derogatory Prophet Muhammad Indians Hindu Hindus Islam Muslims
Mohd Azmi Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump perlu menunaikan janjinya apabila menyatakan umat Islam adalah baik ketika berkempen pada pemilihan presiden yang berlangsung sebelum ini.

Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sepanjang kempennya, Trump berjanji untuk menamatkan konflik dan menegaskan bahawa umat Islam tidak mahu perang.

Malah, beliau turut menyifatkan umat Islam di Amerika Syarikat sebagai masyarakat yang baik dan ia diucapkan dalam usaha untuk mendapatkan sokongan.

“Kami menyeru Trump untuk membuktikan jaminannya yang dibuat kepada orang Islam Arab semasa kempen presiden di Amerika Syarikat.

“Jika komitmen beliau untuk menamatkan perang adalah tulen, kini beliau telah menyandang jawatan presiden, kami mengemukakan tuntutan kami bagi pihak umat Islam di seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azmi menegaskan, Trump perlu menghentikan pembekalan senjata kepada Isreal selain perlu menghentikan pencerobohan Zionis di Gaza, Tebing Barat dan termasuk Baitul Maqdis dan Al-Aqsa.

Katanya, Trump juga perlu menghentikan kepungan ke atas Gaza dan mengeluarkan semua tentera Israel dari wilayah itu.

Tambah beliau, Trump perlu membatalkan penamaan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel serta menghapuskan sikap berat sebelah terhadap pendatang Islam dan pendatang yang memasuki AS.

“Beliau juga perlu enyokong penubuhan negara Palestin dan segera membuka sempadan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula Gaza.

“Turut perlu dilakukan supaya menanggalkan sekatan ke atas Iran dan berunding untuk keamanan dengan menghidupkan semula UNRWA ( Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat) dan memastikan keperluan pembiayaannya dipenuhi,” ujarnya.

Katanya lagi, AS wajar mengimbangi kemusnahan yang berlaku di Gaza atas tindakan Israel dengan melakukan pembentukan semula negara Palestin serta mengiktiraf pihak berkuasa di Gaza dan menghormati hak rakyatnya untuk menentukan masa depan mereka sendiri. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast