Dr Zurainah Musa (tiga dari kiri).

KUALA LUMPUR – Senator Dewan Dewan Negara, Datuk Seri Dr Zurainah Musa dilantik Pengerusi KNKV Group dalam usaha memberi nilai strategik kepada syarikat produksi dan pengiklanan terkenal itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Prof Adjung Adam Shah Abdul Rahman berkata, pelantikan Dr Zurainah Musa kerana ahli politik itu memiliki pengalaman luas dalam memperkukuhkan ekosistem perniagaan serta memperkasakan usahawan dan sektor korporat di Malaysia.

Beliau berkata, sebagai langkah pertama dalam kepimpinan baharu itu, pihaknya dengan kerjasama Dewan Perniagaan Muslim Insiders menganjurkan National CEO Symposium 2025 iaitu sebuah simposium yang berfokus kepada sokongan kewangan, intelektual, serta kesedaran berkaitan keselamatan perniagaan dan prospek pasaran.

Simposium itu telah dirasmikan oleh Zurainah sendiri.

“National CEO Symposium 2025 yang berlangsung semalam merupakan inisiatif ini direka untuk memberi panduan yang lebih mantap kepada para Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam membuat keputusan yang lebih bijak dan strategik dalam menghadapi cabaran ekonomi pada tahun 2025 yang diramalkan lebih mencabar.

“Simposium ini juga melengkapkan pembuat keputusan perniagaan dengan maklumat yang relevan untuk memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan dan menguntungkan sepanjang tahun 2025.

“Kami ingin membantu CEO dan pengurusan tertinggi menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran ekonomi dengan lebih yakin,” katanya dalam satu kenyaatan hari ini.

Profesor Adjung Adam Shah Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Adam Shah menambah, National CEO Symposium 2025 adalah inisiatif  Dewan Perniagaan Muslim Insiders untuk membantu usahawan mencapai kejayaan yang lestari dalam senario pasca Covid.

Jelas beliau, acara itu dianjurkan secara eksklusif untuk CEO dan pemilik perniagaan dengan jualan tahunan RM5 juta ke atas termasuk menerima permohonan daripada individu yang jualan mereka di bawah ambang ini.

“Ia juga akan merangkumi peluang jaringan, membolehkan peserta berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain di mana Dewan Perniagaan Muslim Insiders adalah organisasi unik yang berdedikasi untuk menghubungkan usahawan yang bersemangat dalam sektor perniagaan di Malaysia.

“Sebagai platform yang membentuk landskap perniagaan negara, Dewan Perniagaan Muslim Insiders  mencipta komuniti yang hidup dan dinamik menyatukan individu yang bersatu dengan matlamat untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perniagaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here