Bendera Qatar

TEHRAN – Dakwaan yang dibuat media Israel bahawa Qatar mengusir pemimpin Hamas adalah palsu, kata Al Mayadeen News Network.

Saluran televisyen yang berpangkalan di Beirut itu memetik sumber sebagai berkata, dakwaan itu adalah percubaan rejim Israel untuk meningkatkan tekanan ke atas Hamas.

Agensi berita Shehab Palestin turut membuat kenyataan sama.

Semalam, media rejim zionis mendakwa pegawai Doha yang menerima tekanan hebat dari Amerika Syarikat telah menghantar mesej kepada pemimpin Hamas di Qatar memaklumkan kehadirannya negara itu tidak diterima lagi.

Agensi berita CNN turut menyiar dakwaan sama.

“Laporan yang diedarkan oleh media Israel mengenai pendirian Qatar mengenai Hamas tidak dialu-alukan dan ia adalah palsu,” Al Mayadeen memetik sumber sebagai berkata.

Sumber itu menegaskan dakwaan itu adalah percubaan rejim Israel untuk meningkatkan tekanan ke atas Hamas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast