Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Rompin kini dalam usaha mengesan waris seorang bayi perempuan berusia tujuh hari

KUANTAN – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Rompin sedang mengesan waris seorang bayi berusia tujuh hari yang ditinggalkan di Tapak Projek Prima Pinggir Pelangi dekat Rompin pada 1 November lalu.

Bayi perempuan tersebut ditinggalkan tanpa sebarang dokumen.

“Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Kini bayi perempuan itu telah ditempatkan di tempat selamat,” katanya hari ini.

JKM memohon agar waris atau individu yang mempunyai maklumat dapat menghubungi Pelindung Kanak-Kanak untuk menyalurkan maklumat yang dapat membantu mengesan waris bayi untuk proses selanjutnya.

Sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Pelindung, Jenati Deleh di talian 09-4145278 di PKMD Rompin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here