YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi ketika sidang media di Istana Al-Ittihadiya , Kaherah Mesir pada 10 November 2024. - AFIQ HAMBALI

KAHERAH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Sidang Kemuncak Arab-Islam yang dijadual berlangsung esok di Riyadh, Arab Saudi akan dapat mencapai kata sepakat sesama negara Islam bagi menyelesaikan konflik di Gaza, Palestin.

Anwar dalam syarahan umum di Universiti Al-Azhar di sini pada Ahad juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Mesir, yang memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Esok kita adakan mesyuarat tergempar negara Islam dan Arab di Riyadh. Jadi saya dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi akan ke Riyadh (untuk hadir bagi) bincang perkembangan terakhir Gaza dan Palestin.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden dan kerajaan Mesir kerana bantuan mereka yang luar biasa untuk memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat yang tertindas dan dizalimi di Gaza.

“Dan (terima kasih) juga (kerana) mengirim dua pesawat tentera ke Rafah untuk mengambil pesakit-pesakit Palestin (untuk) diletakkan di hospital tentera di Malaysia,” katanya yang berada di Mesir untuk lawatan rasmi empat hari sejak Sabtu. -BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast