Norazizi Adinan

GEORGE TOWN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencemaran yang berlaku di perairan negeri itu berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang di Tanjung Bungah di sini.

Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan selepas beberapa gambar memaparkan jalur berwarna coklat di kawasan perairan berkenaan tular menerusi media sosial.

“JAS akan siasat perkara itu dan ia nampak macam perbuatan sabotaj atau disengajakan sebab dibuat di tempat yang mudah dilihat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang Zarina Zainuddin berkata pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan kejadian itu.

“Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian itu dan tidak dapat sebarang maklumat lagi, kami akan siasat perkara tersebut,” katanya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast