KUALA LUMPUR – “Susulan laporan polis yang dibuat, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyempurnakan siasatan”.
Itu kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ekoran kes seorang lagi mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dicederakan oleh seorang penuntut senior tahun tiga universiti berkenaan.
Menteri Pertahanan memaklumkan pihaknya berpendirian kejadian terbabit adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM serta institusi pendidikan tinggi, katanya dalam hantaran di platform X.
“Pihak saya dan Kementerian Pertahanan akan memberi sepenuh kerjasama dan perhatian dalam perkara ini,” katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Pelajar UPNM patah tulang rusuk akibat dipijak senior – Polis