Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang selepas dipijak seorang pelatih tahun tiga universiti berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang menimpa pelajar tahun satu itu pada Jumaat lepas pukul 8.40 malam.

“Kejadian dilaporkan berlaku pada 21 Oktober 2024, pukul 10.45 malam ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai dipanggil nama.

“Mangsa merupakan seorang lelaki Melayu, berumur 19 tahun, dilaporkan telah mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat kejadian dipijak oleh seorang pelatih tahun 3 di universiti berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Rusdi berkata, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkap. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. UPNM tu tidak sepatutnya diberikan status universiti. Budaya dan mentaliti mereka bukan budaya Universiti..budaya ilmu yg beradab…merepek jaa..kat US & UK pun tak ada universiti tentera…tutup laa..jd Akademi Tentera jaa..mana ada universiti budaya mcm ni

Comments are closed.