Rosnah Majid

KUALA LUMPUR – Wartawan veteran dan bekas ahli politik, Datuk Rosnah Abd Majid, 71, meninggal dunia di rumahnya di Teluk Bahang, Pulau Pinang, pada 9.30 pagi ini.

Pemergian Rosnah disahkan kakaknya, Mariam ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Allahyarham memang diketahui mempunyai penyakit berkaitan buah pinggang dan pernah membuat pembedahan pemindahan buah pinggang di China pada 2001. Jenazah masih di Pulau Pinang dan akan dikebumikan di Kuala Lumpur,” katanya.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1953 di Sungai Pial, Merbuk, Kedah adalah lepasan Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi.

Rosnah pernah bertugas di akhbar Utusan Malaysia selama 20 tahun, sejak 1977 dan merupakan pemenang pertama Anugerah Kajai pada 1984.

Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Tanjung Dawai selepas menewaskan calon Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dan pernah menyandang jawatan Ketua Jawatankuasa Perhubungan Wanita UMNO Negeri Kedah bagi penggal 2000/2003.

Beliau juga dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden (FKBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) selama setahun pada 2007. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast