Vila moden di Finland Foto Airbnb

KUALA LUMPUR- Jepun merupakan negara yang menjadi antara destinasi popular dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menghabiskan cuti hujung tahun.

Airbnb dalam kenyataan berkata, ia menerima banyak tempahan dari rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan penginapan di Tokyo danKyoto.

Bagi keluarga pula, kebanyakannya memilih untuk menginap di Airbnb di Kyoto, Sapporo dan Osaka.

Selain itu, banyak keluarga dari Malaysia turut menjadikan Melbourne, Australia sebagai destinasi pilihan.

“Rakyat Malaysia juga berminat untuk menghabiskan percutian di negara tropika seperti Phuket, Thailand dan Bali, Indonesia.

“Airbnb di Norway, Finland dan Australia pula semakin kerap menerima tetamu dari Malaysia yang mahu menghabiskan cuti hujung tahun mereka,” katanya.

Bagi destinasi dalam negara pula, kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk menempah Airbnb di Putrajaya, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Katanya, perbandingan itu dibuat berdasarkan carian pada suku ketiga 2024 bagi daftar masuk antara 1 November hingga 31 Disember ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menurut kenyataan itu lagi, lima kategori paling banyak menerima tempahan pada musim sejuk kali ini adalah penginapan di kawasan beriklim tropika, mempunyai kolam renang yang hebat, terdapat aktiviti bermain golf dan berdekatan taman-taman negara.

Kebanyakan tetamu juga mementingkan kemudahan seperti kolam renang, WiFi, penyaman udara, mesin basuh dan dapur bagi membolehkan penginapan mereka seperti berada di rumah sendiri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast