Sharudin Hamid

KUANTAN – Ketua isi rumah perlu memastikan tong sampah dtidak hanyut semasa banjir melanda dengan mengikat atau menyimpannya di kawasan berpagar.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan tong sampah akibat hanyut serta rosak ketika bah semakin meningkat.

Tambah beliau, jika hilang SWCorp Pahang akan menggantikan tong sampah yang diberi secara percuma itu dengan tong baharu, namun ia mengambil masa yang lama

“Saya saran kepada masyarakat dan penduduk bersama- sama membantu kita (SWcorp) memastikan tong sampah yang diberikan secara percuma itu diletakan di lokasi sebaiknya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan kitar semula sekolah rendah dan menengah peringkat Pahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 19,209 buah tong sampah hilang dan rosak akiba banjir besar di Pahang pada 2021. – MalaysiaGaztte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast