Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan Tahun 2024 di Auditorium, Wisma Pertahanan Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sudah bersiap sedia dengan pelan kontigensi untuk menentukan sama ada pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 akan terus dikekalkan di Lubnan atau berundur.

Persediaan itu rentetan enam anggota tentera cedera selepas terkena serpihan letupan serangan Israel di bandar Sidon pada 7 November lalu.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang keputusan yang dibuat hanya akan ditentukan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Kita sudah bersedia dengan kontigensi pelan keputusan sama ada terus kekal atau berundur dan sebagainya.

“Tetapi ia tertakluk kepada keputusan UNIFIL, kita adalah pasukan Malbatt, pegawai pemerintah UNIFIL dibentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pasukan kita dihantar di bawah tanggungjawab UNIFIL, jadi mereka akan membuat keputusannya nanti,” katanya dalam sidang media di Wisma Pertahanan hari ini.

Artikel berkaitan: Anggota MALBATT di Lubnan hanya cedera ringan – Mohamed Khaled

Malaysia kutuk serangan Israel yang cederakan anggota MALBATT

UNIFIL siasat insiden serangan libatkan konvoi MALBATT

Letupan di Lubnan: Enam anggota Malbatt 850 cedera

Terdahulu beliau hadir merasmikan Sambutan Hari Integriti 2024 Kementerian Pertahanan yang turut disertai Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Tambah Mohamed Khaled lagi, pihaknya berhubung dengan pihak UNIFIL untuk memastikan anggota Malbatt yang bertugas di sana sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Insiden terkena serpihan letupan itu berlaku berlaku di sekitar kawasan lapangan terbang semasa pasukan Malbatt 850-12 baharu sahaja tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan .

Selain anggota Malbatt, kejadian itu turut mengorbankan masing-masing tiga orang awam dan tentera Lubnan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here