Palestinian children collect aid food at Bureij refugee camp in the central Gaza Strip, on November 6, 2024, amid the ongoing conflict in the Palestinian territory between Israel and Hamas. (Photo by Eyad BABA / AFP)

RIYADH- Pemimpin-pemimpin negara Arab menggesa supaya genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dihentikan segera.

Mereka juga mendesak supaya keganasan yang dilakukan Israel terhadap Lubnan turut dihentikan.

Agensi Anadolu melaporkan, gesaan itu dibuat menerusi ucapan-ucapan oleh wakil Kuwait, Oman, Sudan, Mauritania, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semasa Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada Isnin.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Saudi, sidang kemuncak luar biasa yang diadakan bagi mencari jalan untuk menghentikan genosid di Gaza dan Lubnan disifatkan sebagai kesinambungan daripada sidang kemuncak Arab-Islam yang dilangsungkan pada November lepas di Riyadh.

Putera Mahkota Kuwait, Sheik Sabah Al-Khaled Al Sabah mengecam tindakan Israel terhadap Gaza sebagai “genosid yang mensasarkan nyawa rakyat Palestin secara sistematik.”

Beliau memberi penekanan bahawa Israel tidak boleh dibenarkan bertindak mengatasi undang-undang.

Sheik Sabah Al Khaled turut memberi amaran bahawa institusi-institusi antarabangsa kini berada di persimpangan jalan disebabkan genosid beterusan terhadap Gaza dan Lubnan.

Manakala Timbalan Perdana Menteri Bahrain, Khalid bin Abdullah Al-Khalifa menegaskan, perang berpanjangan di Gaza yang kini sudah melarat ke Lubnan akan menyebabkan ketegangan dan aktiviti militari meningkat ke seluruh rantau.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas, memenuhi tanggungjawab kemanusiaan dan legal dengan menghentikan keganasan di Gaza dan Lubnan. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast