Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KAHERAH – Pengambilan pertama pelajar bagi mengikuti kursus intensif bahasa Arab di Institut Bahasa Arab Al-Azhar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan bermula awal tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pelaksanaan program bahasa Arab itu adalah sebagai persediaan untuk pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.

Anwar berkata, Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb telah bersetuju pelaksanaannya dipercepatkan bagi membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran bahasa Arab mereka sebelum berlepas ke Mesir.

“Pelajar, pengusaha, profesional akan memanfaatkan kemudahan itu dengan kos yang sangat rendah kerana kerajaan Malaysia akan menyediakan tempat dan Universiti Al-Azhar menyediakan profesor dan pensyarah atas biayaan mereka.

“Ini satu yang akan memberi manfaat sangat tinggi kepada kita. Ini menunjukkan satu keyakinan Sheikh Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar keseluruhannya kepada kita,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke Mesir, hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast