Sebahagian pengamal media menerima sijil penghargaan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh hari ini

TERMERLOH – Seramai 136 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh sudah bersiap sedia bagi penugasan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di daerah ini.

Ketua Polis Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kekuatan gerak kerja itu dilaksanakan oleh 32 pegawai dan 104 anggota yang dibahagikan kepada enam zon di Temerloh.

Manakala 568 petugas lain adalah agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan lain-lain.

”Kawasan ini dizonkan supaya sebarang maklumat penyelamatan dapat dilakukan dengan dikawal oleh Pusat Kawaan Operasi Banjir (PKOB),” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulan November di IPD Temerloh hari ini.

Antara zon yang terlibat ialah kawasan Mentakab, Lanchang, Kuala Krau, Temerloh dan beberapa kawasan panas yang dijangka banjir.

Jelasnya, pemantauan dilakukan bersama penghulu, masyarakat, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikemaskini.

”Sekarang ini kita dah banyak jalankan sesi mesyuarat melibatkan semua jabatan  bagi memudahkan pengurusan” tambahnya.

Bagaimanapun, katanya,  para petugas belum dibekukan cuti walaupun sudah bersiap sedia bagi penugasan banjir.

Dalam majlis pagi tadi, seramai 18 orang terdiri pegawai dan anggota, 11 pengamal media dan empat orang awam diberi pengiktirafan dan penghargaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast